Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. | Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum tentu hilir mudiknya. | Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap hilir. | Sukar mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi. | Perbuatan salah yang sudah terlanjur, tak dapat disesalkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selama air hilir, selama gagak hitam. | Tidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tentu hilir mudiknya. | Belum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak hendak hilir, ia telah hanyut. | Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |