Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing. | Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mudik sebulakan, di hilir semuara. | Persatuan yang kukuh. bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya. | Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir. | Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. | Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |