| Agih-agih kungkang. | Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali. | Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |