Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gula Jawa. | Biarpun hitam tetapi manis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah. | Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya. | Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya. | Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. | Perihal keburukan sifat seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu hitam tak bersanding. | Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |