Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam. | Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lepas putih hitam tak dapat. | Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih dikejar, hitam tak dapat. | Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Lepas putih hitam tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suruh putih, hitam datang. | Lain yang diingini, lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang. | Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing bertanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |