| Dendang menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gagak bersuara murai. | Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gagak menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti badak terentak. | Orang tambun dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tunggul itu kalau dipakaikan, elok juga. | Perempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tunggul kayu kalau ditarah pelicin; elok juga. | Perempuan yang hodoh kalau dihiasi tentu akan cantik juga kelihatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tunggul itu kalau dipakaikan, elok juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun. | Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cincin emas takkan tampan bermata kaca. | Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |