Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hujan pd waktu mata­hari bersinar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan sedangkan matahari masih ber­sinar-sinar; menghujanpanaskan membiarkan kena hujan dan panas, tidak mempedulikan hujan dan panas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan yg turun ketika matahari bersinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Hujan panas pagi hari,
     Ayam putih masuk reban;
Hilang emas boleh dicari,
     Hilang kekasih guna teraban.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Panas setahun hujan sehari,
     liput tanjung dengan pulau.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan berpohon, panas berasal.Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan.Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai panas mengandung hujan.Tertawa dalam kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas.Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama kayu buruk: buruk di panas, reput di hujan.Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas