Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung. | Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. | Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan menimpa bumi. | Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan jatuh ke pasir. | Berbuat baik tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan berpohon, panas berasal. | Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan berbalik ke langit. | Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salangkan tak hujan becak, inikan pula hujan. | Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |