Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hujung;

Puisi
 

Hujung sirih berkedut-kedut,
     Susun sampai di kedai Cina;
Kasih tuan membujuk-bujuk,
     Kasih tidak kekal lama.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Mengadu hujung jarum (= penjahit).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hujung lurus, pangkal berkait.Kelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu hujung jarum (= penjahit).Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ujung (hujung) lurus, pangkal berkait.Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berteras ke hujung dahan.Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berniaga di hujung lidah.Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung di hujung kuku.Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Embun di hujung rumput.Tiada kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup di hujung gurun orang.Hidup melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut).Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas