Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ku.man] | حکومن

Definisi : 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melang­gar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mah­ka­mah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ku.man] | حکومن

Definisi : seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup ter­hadap kedua-dua orang pengkianat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,

Peribahasa

Bak ajung berat sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Neraca berbatu intan.Hukuman yang seadil-adilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak ajung berat sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perahu karam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai limau masam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi masak periuk pecah.Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh).Hukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat.Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang.Hukuman yang tiada berat sebelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas