Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik. | Kalau kurang hati-hati dalam sesuatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya. salah gelogok = kerja terburu-buru; bertenggang = mengira-ngira; memikirkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga. | Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak. | Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan di hulu tuba di hilir. | Perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jelatang di hulu air. | Perkara yang selalu menyusahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. | Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak mengetahui hulu hilirnya. | Tidak mengetahui hujung pangkalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak tentu hilir mudiknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nampak gabak di hulu. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |