Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas. | Suami isteri yang berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. | Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. | Tidak ada kemerdekaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. | Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. sedap = maksudnya: segar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu (= kepala). | Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. | Sangat miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali. | Orang melarat mendapat pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat perahu takkan karam sebelah. | Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |