Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibunya

Puisi
 

Ayam mengeram di dalam sarang,
     Terbang ibunya makan padi;
Hutan ditebas jadikan padang,
     Kenapa lalang tumbuh lagi?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah.

Bermaksud :

Kesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat.

 

Lihat selanjutnya...(2)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah.Kesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas