Ranap pertulang, ijuk penebal. | Pencarian tambahan selain daripada gaji. ranap pertulang = ranap disangga; ijuk penebal = ijuk untuk penebal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. | Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ. | Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Turun ijuk turun pepatil. | Barang yang dibeli hendaklah dibayar. pepatih (patil) = rimbas (beliung) kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu. | Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mendapat cincin ijuk. | Mendapat barang yang tidak berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari kutu dalam ijuk. | Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencari jejak dalam air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kutu di dalam ijuk. | Pandai menyembunyikan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mencari kutu di dalam ijuk. | Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mencari belalang di atas akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |