Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertangkap di ikan kalang. | Berlawan atau bersaingan dengan orang yang lebih berani (pandai, kaya dan sebagainya). Ikan kalang = keli atau ikan lele. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. | Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. | Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan tergantung, kucing tunggu. | Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan pulang ke lubuk. | Telah kembali ke tempat asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan di hulu tuba di hilir. | Perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |