Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak. | Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menunjukkan ilmu kepada orang menetek. | Melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ilmu padi, makin berisi makin runduk. | Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diam penggali berkarat. | Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). | Sangat luas dan banyak pengetahuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut budi tepian akal (= ilmu). | Orang cerdik pandai atau cendekiawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. | Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat. | Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana pohon kayu tiada berbuah. | Ilmu yang tiada diamalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |