Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi. | Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai melihat asam. | Ingin sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghendaki urat lesung. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghendaki pucuk alu. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak hinggap tiada berkaki. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati gatal mata digaruk. | Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tanduk pada kuda. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta sisik pada limbat. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |