Ini hari orang, besok hari kita. | Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya. | Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari ini patutlah redup (= panas keras). | Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari ini terlebih baik daripada besok. | Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok. | Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lautan yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam terenang. | Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat pasang berturun naik. | Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. | Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |