Menarik pangkur ke dada. | Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Udang hendak mengatai ikan. | Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lading tak tahu akan majalnya. | Tidak insaf akan keadaan dirinya. majal = tumpul, tidak tajam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Udang tak tahu di bongkoknya. | Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Udang hendak mengatai ikan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak tahu dikeluani orang. | Orang yang tidak insaf dirinya telah diperbodohi orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak. | Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |