Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isi;

Puisi
 

Nangka dikata cempedak,
     Cempedak di dalam kuali,
Masak beri berkuad;
     Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali,
Mengapa maka dimarah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Isi dada bekal berjalan.

Bermaksud :

Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.Kita yang berusaha, orang lain yang senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Isi dada bekal berjalan.Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Singkap daun, ambil isi (= buah).Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kuku dengan isi (= daging).Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buka kulit, ambil (= tampak) isi.Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi dinding lasak peti manian.Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tonggak dalam air boleh diraba, tetapi air di dalam tonggak tidak teraba.Perkataan dapat didengar dan diketahui, tetapi isi hati tiada siapa yang dapat mengetahuinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas