Bertongkat tebu. | Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sangkar emas, tenggeran suasa. | Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditatang di anak lidah. | Sangat kasih akan anak isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu air dengan garam. | Suami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya. mengadu = mencampur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlindung oleh sanggul. | Suami yang selalu menurut kata isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tatang di anak lidah. | Terlalu kasih akan anak isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangguk rapat, keruntung bobos. | Suami pandai mencari wang, isterinya pemboros. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk perahu buruk pangkalan. | Tak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berteras ke hujung dahan. | Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkemudi ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |