Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.Öa.dat] | استعادت

Definisi : 1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jalan diasak orang lalu,
     cupak dipepat orang menggalas.

Bermaksud :

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membawakan cupak ke negeri orang.Memakai adat-istiadat sendiri di negeri orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut.Hendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas