| Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya. | Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya. | Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing ditepuk menjungkit ekor. | Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kaki untut dipakaikan gelang. | Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kemudi perahu hanyut. | Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Intan salah serudinya. | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. | Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |