| Terpijak benang arang, hitam tapak. | Berbuat jahat, jahat balasannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana ditanam, begitulah dituai. | Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. | Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. | Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tepuk berbalas, alang berjawab. | Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing menggonggong bangkai. | Lelaki jahat yang membawa perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adakah buaya menolak bangkai? | Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada bangkai, adalah hering. | Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. hering = burung pemakan bangkai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lalat memanglah mencari puru. | Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |