Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janda

Puisi
 

Mak! Mak! Mintaku lada,
     Hendak menyayur pisang tumbang;
Mak! Mak! Mintaku janda,
     Janda muda beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Janda berhias.

Bermaksud :

Janda yang belum beranak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Janda belum berlaki.Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Janda berhias.Janda yang belum beranak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana janda baru bangun tidur.Perempuan yang benar-benar cantik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing.Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bertandang ke rumah janda.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batik Semarang, makin dicuci makin terang.Perempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertandang ke surau.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas