Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. | Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. | Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. | Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan. | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak. | Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |