Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan. | Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan. | Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun. | Lebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak umpat yang membunuh, tidak puji yang mengenyang. | Apa yang difikirkan baik terus kerjakan; jangan dihiraukan umpat dan puji orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. | Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. | Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi. | Perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan diajar orang tua makan kerak. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan diajar orang tua makan dadih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. | Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga. | Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya.). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |