Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki; menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang); kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1 jenis kelamin yg berlawanan dgn betina (digunakan utk binatang atau utk tumbuh-tumbuhan): Ayam ~ mempunyai susuh di kaki. Betik ~ tidak berbuah. 2 gagah; berani; handal: Sesiapa yg ~ di antara kamu, marilah! 3 mempunyai sifat yg lebih (besar, kasar dsb) drpd biasa: embun ~ embun yg kasar titisannya. kejantanan sifat jantan (spt keberanian; kegagahan dsb); kelelakian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantan

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Perkataan mengekor itik jantan.

Bermaksud :

Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina.Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perkataan mengekor itik jantan.Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian.Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang.Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan.Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina.Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti keroncor dengan belangkas.Persahabatan yang karib. keroncor = ketam besar jantan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bandot tua makan lalap muda.Lelaki tua beristerikan perempuan muda. bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas