Jaras dikatakan raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. | Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet). | Perempuan yang hamil sebelum kahwin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi. | Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati. | Perbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut. | Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |