Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. jejari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari-jari.

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jari kudung dimasukkan cincin.Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggigit jari (= telunjuk).Kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.Hukuman yang kurang adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu buku jari (= buku lima).Berkelahi dengan menggunakan tinju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.Hendak berlagak seperti orang tua-tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekatalah jengkal dengan jari.Bersesuaian antara pekerjaan dengan orang yang membuatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari.Sangat sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak akan lebih jengkal daripada jari.Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas