Jarum halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada jarum hendaklah ada benangnya. | Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuntung jarum dilaga. | Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. | Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu hujung jarum (= penjahit). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memasukkan (= mengenakan, menjalankan) jarum halusnya. | Mengenakan tipu daya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. | Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jahit sudah, kelindan putus. | Habis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |