Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga. | Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai punggur rebah. | Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai nangka masak gugur. | Jatuhnya orang yang gemuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |