Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh.jauh] | جاءوه٢

Definisi : sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jauh-jauh

Puisi
 

Jauh-jauh kapal datang,
     Jintan selasih dimasak minyak;
Tuan jauh ke mari datang,
     Terima kasih banyak-banyak.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas.Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh panggang dari api.Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.Bercakap besar di belakang-belakang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh dari mata jauhlah dari hati.Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.Banyak pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh di mata, dekat di hati.Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan jauh banyak dilihat.Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata.Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas