Bagai jawi terkurung siang. | Sangat gelisah kerana tidak bebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan. | Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi ditarik keluan. | Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu bajak daripada jawi. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |