Musang jebat lari tinggal baunya. | Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai melulutkan jebat pada kerbau. | Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kambing takkan menjadi anak harimau. | Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak harimau takkan menjadi anak kambing. | Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |