Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jikalau
Rujuk :jika

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan.Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau menampi jangan tumpah padinya.Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga.Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput.Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga.Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau beranak ikut kata bidan.Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas