Jiwa bergantung di hujung rambut. | Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertukar jiwa dengan semangat. | Sedang berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. | Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. | Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja. | Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lantai dan dinding bertelinga belaka. | Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. | Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |