Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak. | Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan puntung berasap jua. | Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat pasang berturun naik. | Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakar tak berbau. | Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua. | Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digantung tinggi, dibuang jauh. | Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada takut akan antah. | Tidak takut kepada siapa jua pun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. | Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. | Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |