| Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai. | Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buruk muka cermin dibelah. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |