Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : Mn penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya (belum ramai lagi dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacang-kacang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di pohon kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang jemput kerana malu.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Bagai kacang direndang.

Bermaksud :

Bunyi suara yang tak putus-putus.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kacang direbus satu.Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kacang direndang.Bunyi suara yang tak putus-putus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat.Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing.Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terang-terang daun kacang.Baru mulai mengerti sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecek bagai bunyi merendang kacang.Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan.Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas