Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat). | Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Didului bak melanting babi. | Mendului membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-kadang berhasil baik. melanting = melempar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki. | Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau dikadang, mentah. | Kerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. | Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |