[kail] | کاءيل
Definisi : 1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk memancing); ~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar; mengail menangkap ikan dgn kail, memancing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; terkail (ter)kena kail, terpancing; pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk mengail (memancing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kail] | کاءيل
Definisi : ; kail-kail berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kail] | کاءيل
Definisi : 1 = mata ~ dawai yg dibengkokkan dan hujungnya berkait serta tajam. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai yg hujungnya tajam lagi berkait digunakan utk menangkap ikan; pancing: Mereka menggunakan alat spt ~, jaring atau pukat utk menangkap ikan. mengail menangkap (ikan) dgn kail atau dgn pancing; memancing. terkail terkena kail; terpancing. pengail 1 orang yg menangkap ikan dgn kail. 2 alat utk mengail atau utk memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)