Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam makan rumput. | Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |