Kaki untut dipakaikan gelang. | Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan. | Telah terlanjur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki pekuk lenggang ke perut. | Orang yang buruk dan bodoh. pekuk = bengkok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cepat kaki ringan tangan. | Rajin dan giat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lepas kaki leher terjerat. | Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melangkah kaki kanan. | Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya. | Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terikat kaki tangan. | Sudah tidak berkuasa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |