| Kura-kura kakinya tiada basah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya. | Bencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan. | Percaya kepada orang yang sangat malas. untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat harta karun. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rusa dijumpai tiada dikejar. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |