Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. | Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang. | Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi. | Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak sir berdegak, sir melayang. | Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang. | Orang yang sangat kurus. rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak bermeriam, baiklah diam. | Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang). | Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka. | Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib. mereka = mencari akal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |