Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera. | Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera. | Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiap gila tiap berkongkong; tiap mandi tiap bergosok. | Orang yang berperkara (berbicara di mahkamah), tiap kali perkara dimajukan tiap kali dibayar wang mejanya. kongkong = kayu belenggu orang gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua kali dua empat. | Sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepuluh kali ukur, sekali kerat. | Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tujuh kali pindah jadi papa. | Pekerjaan yang tiada tetap akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bungkuk (bongkok) kali hendak mengena (= mendapat). | Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |