Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya. | Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. | Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh. | Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing lepas ke parak. | Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing harga dua kupang. | Tingkah lakunya seperti anak-anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air. | Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing dijunjung. | Jerit pekik orang yang penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing dalam biduk. | Sangat ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjadi kambing hitam. | Orang yang dipersalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |