Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu. | Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biawak kudung masuk kampung. | Orang jahat yang dikenal ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rusa masuk kampung. | Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gajah masuk kampung. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya terhadap orang yang lemah (orang kecil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. | Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai. | Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti negeri dialahkan garuda. | Negeri (kampung) yang sunyi senyap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung. | Tidak mementingkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |