Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan. | Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. | Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati. | Apabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya. | Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai sadur menimbulkan(kan) senam. | Telah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tohok raja tiada dapat dielak(kan). | Kehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |